Objektif Syarikat
Home – Objektif Syarikat
KOMITMEN KORPORAT
Objektif utama syarikat Ayzad Resources, bagi pihak pengurusan dan kakitangan, adalah berjanji untuk menguruskan segala keperluan anda dengan cara yang terbaik, kompetitif, dan berpatutan mengikut citarasa serta kehendak yang memuaskan bagi kedua-dua belah pihak.
Dengan pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan yang dimiliki, Ayzad Resources amat komited dalam membantu pelanggan dengan memberikan solusi kreatif serta teknikal berdasarkan kepakaran profesional kami. Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi, kami mengutamakan empat perkara utama dalam objektif syarikat iaitu:
Memenuhi Kehendak Pelanggan
- Melaksanakan kerja yang berkualiti tinggi dan menepati masa.
- Mengekalkan dan memperolehi hubungan yang baik dengan pelanggan serta pembekal yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti kerja secara berterusan.
Pengurusan Kualiti Kerja / Projek
- Memastikan perancangan yang teliti dan sistematik sebelum pelaksanaan sesuatu projek.
- Memastikan komunikasi dan penyeliaan yang mantap di tapak bagi meningkatkan sokongan logistik dan kelancaran penghantaran.
Bersikap Profesional
- Menitikberatkan latihan dan pembangunan kemahiran kakitangan secara berkala.
- Mengamalkan etika kerja yang telus dan komunikasi yang efektif bersama pelanggan serta rakan strategik.
Keselamatan & Kesihatan
- Mengutamakan penyelenggaraan pencegahan di setiap lokasi kerja.
- Menyediakan PPE (Peralatan Perlindungan Diri) yang lengkap bagi setiap kakitangan
- Mengadakan taklimat keselamatan (Toolbox Talk) sebelum memulakan tugasan.
- Melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan secara rutin.
”Ayzad Resources komited membantu pelanggan dengan memberikan idea serta solusi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran profesional kami.”
Jom Realisasikan Projek Anda
- 012-440 1900/04-351 1592
Pasukan kami bersedia membantu menyediakan servis pembinaan, bekalan bahan dan jentera untuk memudahkan urusan projek anda.