Pillih Bahasa:

ms en

Cleaning

Ayzad Resources merupakan penyedia perkhidmatan pembersihan profesional yang berpengalaman luas dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif, bersih, dan sanitasi. Sejak tahun 2019, kami telah membina reputasi yang teguh melalui penyediaan tenaga kerja yang terlatih dan penggunaan peralatan pembersihan yang menepati piawaian industri.

Servis Pembersihan Profesional

Servis Pembersihan Ayzad Resources merangkumi pelaksanaan kerja pembersihan secara menyeluruh, daripada perancangan hingga premis bersih sepenuhnya. Kami menumpukan kepada pembersihan yang menyeluruh, selamat dan menepati keperluan pelanggan serta standard industri.

Setiap tugasan dikendalikan oleh pasukan berpengalaman dengan pengurusan kerja yang sistematik, penggunaan peralatan dan bahan pembersihan berkualiti, serta pemantauan proses kerja secara berterusan. Pendekatan ini memastikan kerja pembersihan dijalankan dengan efisien, mengikut jadual dan mencapai tahap kebersihan yang tinggi.Dengan komitmen terhadap profesionalisme dan keselamatan, Ayzad Resources berusaha memberikan perkhidmatan pembersihan yang rapi, berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

Jom lihat momen-momen penting sepanjang perjalanan projek kami yang dirakam dengan teliti.

Kenapa Pilih Kami untuk Servis Pembersihan

Kami memahami bahawa memilih syarikat pembersihan yang tepat adalah keputusan penting. Berikut adalah sebab mengapa pelanggan memilih kami untuk memastikan setiap premis bersih dan terurus dengan sempurna:

Fleksibiliti & Kepuasan Pelanggan

Kami menyesuaikan jadual dan jenis perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan, memastikan hasil kerja memenuhi atau melebihi jangkaan.

Komitmen terhadap Keselamatan & Profesionalisme

Keselamatan kakitangan dan premis pelanggan adalah keutamaan kami. Setiap kerja dilakukan dengan standard keselamatan tinggi dan sikap profesional.

Hasil Bersih & Tahan Lama

Dengan pendekatan sistematik dan perhatian terhadap detail, kami memastikan premis bukan sahaja bersih pada masa itu, tetapi juga terjaga untuk jangka masa panjang.

Penggunaan Peralatan & Bahan Berkualiti

Kami hanya menggunakan peralatan moden dan bahan pembersihan yang selamat serta efektif untuk memastikan kebersihan optimum tanpa merosakkan permukaan.

Pasukan Berpengalaman

Kami mempunyai kakitangan terlatih yang mahir dalam pelbagai jenis pembersihan, dari pejabat, rumah, hingga premis komersial.

Kerja Sistematik & Terurus

Setiap tugasan dijalankan mengikut prosedur yang teratur, memastikan semua kawasan dibersihkan dengan teliti dan tiada yang terlepas pandang.

SENARAI PERKHIDMATAN TERPERINCI

Ayzad Resources menawarkan penyelesaian pembersihan menyeluruh yang disesuaikan mengikut keperluan premis pejabat dan komersial:

Pembersihan Dalaman Pejabat (General Cleaning)

Menyapu, mengemop, dan menyedut habuk (vacuum) lantai secara berkala. Membersih dan menyahkuman (sanitasi) permukaan meja, kerusi, dan peralatan pejabat. Membersih serta menyelenggara tandas dan pantry dengan bahan kimia yang selamat

Perkhidmatan Khusus (Specialized Services)

Pembersihan Karpet & Upholsteri: Cucian dalaman untuk membuang habuk, hama, dan kotoran degil pada karpet serta kerusi pejabat.
Pembersihan Cermin & Tingkap: Membersihkan permukaan kaca dalaman dan luaran (tingkat rendah) untuk penglihatan yang jelas.
Penyelenggaraan Lantai: Kerja-kerja scrubbing, buffing, dan polishing untuk memastikan lantai (seramik/vinyl/terrazzo) sentiasa berkilat.

Pembersihan Pasca Pembinaan (Post-Construction Cleaning)

Pembersihan rapi bagi pejabat atau premis yang baru selesai diubahsuai (renovasi) sebelum mula beroperasi.

Sanitasi & Disinfeksi

Perkhidmatan semburan nyahkuman untuk memastikan ruang pejabat bebas daripada bakteria dan virus merbahaya

MENGAPA MEMILIH KAMI?

Dipercayai Oleh

PELANGGAN KAMI

Tempah Sekarang

Semua keperluan perkhidmatan pembersihan untuk rumah atau pejabat anda, kami sediakan dengan profesional. Klik butang yang telah disediakan dan hantarkan maklumat anda supaya kami boleh sediakan anggaran harga terbaik.

Isi maklumat anda disini

Compare Listings

Title Price Status Type Area Purpose Bedrooms Bathrooms