Pembekalan Bahan Binaan
Ayzad Resources merupakan pembekal utama bahan binaan bagi projek-projek infrastruktur dan pembinaan di wilayah utara (Penang, Kedah, Perak, dan Perlis). Kami berpengalaman dalam menguruskan logistik berkapasiti tinggi dengan jaminan kualiti & bahan dengan gred yang terbaik.
Pembekalan Bahan Binaan
Ayzad Resources ialah pembekal bahan binaan di wilayah utara (Penang, Kedah, Perak & Perlis) dengan logistik cekap dan jaminan kualiti gred terbaik.
Penerangan Servis
Perkhidmatan Pembekalan Bahan Binaan
Servis Pembekalan Bahan Binaan Ayzad Resources merangkumi penyediaan dan penghantaran bahan binaan secara menyeluruh, daripada perancangan keperluan projek sehingga bahan tiba dengan selamat di tapak pembinaan. Kami memberi tumpuan kepada bekalan yang berkualiti, menepati spesifikasi teknikal serta memenuhi keperluan pelanggan dan standard industri pembinaan.Setiap pesanan diuruskan oleh pasukan berpengalaman dengan sistem pengurusan yang teratur, pemilihan pembekal yang dipercayai serta kawalan kualiti yang konsisten. Kami memastikan setiap bahan seperti simen, besi, batu bata, pasir dan lain-lain dibekalkan dalam keadaan baik, mencukupi dan mengikut jadual projek.Dengan komitmen terhadap profesionalisme, ketepatan masa dan kecekapan operasi, Ayzad Resources berusaha menyediakan perkhidmatan pembekalan bahan binaan yang boleh dipercayai, kompetitif dan menyokong kelancaran setiap projek pembinaan pelanggan.
Jom lihat momen-momen penting sepanjang perjalanan projek kami yang dirakam dengan teliti.
Kenapa Pilih Kami untuk Servis Pembekalan Bahan Binaan
Kami memahami bahawa memilih syarikat pembersihan yang tepat adalah keputusan penting. Berikut adalah sebab mengapa pelanggan memilih kami untuk memastikan setiap premis bersih dan terurus dengan sempurna:
Bekalan Lengkap & Berkualiti
Kami menyediakan pelbagai jenis bahan binaan seperti simen, besi, batu bata, pasir dan premix — semuanya daripada pembekal yang dipercayai bagi memastikan kualiti terbaik untuk setiap projek.
Harga Kompetitif & Telus
Harga jelas tanpa caj tersembunyi. Sebut harga disediakan secara terperinci supaya anda boleh kawal bajet projek dengan lebih yakin.
Penghantaran Tepat Masa
Kami faham masa adalah kritikal dalam pembinaan. Sistem logistik tersusun memastikan bahan sampai ke tapak projek mengikut jadual.
Pasukan Profesional & Berpengalaman
Team kami berpengalaman dalam industri pembinaan dan sedia memberi cadangan bahan yang sesuai mengikut spesifikasi projek anda.
Proses Mudah & Cepat
Tempahan mudah, respon pantas dan proses dokumentasi yang ringkas untuk memudahkan urusan anda dari awal hingga akhir.
Dipercayai Ramai Kontraktor
Kami menjadi pilihan kontraktor, pemaju dan syarikat pembinaan kerana servis konsisten, komitmen tinggi dan kualiti terjamin.
Dipercayai Oleh
PELANGGAN KAMI






Senarai Barangan Sewa & Bekal
Memaparkan semua bahan pembinaan dam jentera yang kami bekalkan untuk menyokong kelancaran setiap projek.
Pembekalan Bahan Pembinaan
Topsoil
Info Bahan Binaan
Topsoil ini diperkaya dengan bahan organik semula jadi dan nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan tanaman yang sihat. Sesuai digunakan untuk kebun, landskap, atau projek penghijauan.
Pasir Kasar
Info Bahan Binaan
Pasir kasar pilihan untuk kerja pembinaan seperti konkrit, plaster, dan lapisan asas. Tekstur kasar memberikan kekuatan tambahan dan kestabilan struktur.
Tanah Merah
Info Bahan Binaan
Tanah merah ialah tanah semula jadi yang padat dan kukuh, sesuai untuk kerja menambak kawasan rendah, tapak binaan, serta pembentukan landskap. Mudah dipadatkan dan tahan hakisan.
Pasir Halus
Info Bahan Binaan
Pasir halus dengan tekstur halus dan bersih, ideal untuk kerja plaster dinding, simen lantai, dan kemasan akhir bagi menghasilkan permukaan yang kemas dan rata.
Batu Aggregate 3/4
Info Bahan Binaan
Batu Aggregate 3/4 ialah batu pecah bersaiz standard yang digunakan dalam bancuhan konkrit, asas binaan, dan kerja infrastruktur. Memberikan kekuatan, kestabilan, dan ketahanan tinggi.
Tar Milling
Info Bahan Binaan
Tar Milling merupakan bahan asfalt terpakai yang dikisar semula untuk digunakan dalam pembaikan jalan, laluan akses, parkir, dan tapak binaan. Ia mudah dipadatkan, tahan lasak, dan lebih jimat kos.
Quary Dust (Habuk Batu)
Info Bahan Binaan
Quarry Dust merupakan serbuk batu halus yang terhasil daripada proses pemecahan batu di kuari. Ia digunakan secara meluas dalam pembinaan konkrit, pembuatan bata, penstabilan tanah, dan kerja asas kerana teksturnya yang padat dan mudah dipadatkan.
Batu Crusher Run
Info Bahan Binaan
Crusher run merupakan bahan asas binaan yang tahan lasak dan mudah dipadatkan, sesuai untuk pembinaan jalan, laluan kenderaan, tapak rumah, serta kerja penambakan bagi memastikan permukaan lebih stabil dan tahan lama.
Tempah Sekarang
Semua keperluan bahan binaan untuk projek anda, kami sediakan dari A hingga Z. Klik butang yang telah disediakan dan hantar maklumat projek anda untuk kami sediakan anggaran harga terbaik.
Isi maklumat anda disini