Tentang Kami
Home – Profile Syarikat
Kepakaran Profesional, Pelaksanaan Berkualiti Tinggi
Ayzad Resources merupakan syarikat milikan penuh bumiputera yang memfokuskan kepada perkhidmatan dan pembinaan. Sejak penubuhannya pada 4 Mei 2016, syarikat ini komited dalam menyediakan penyelesaian pembinaan yang berkualiti tinggi, efisien dan menepati piawaian industri.
Dengan gabungan tenaga kerja berkemahiran, pengalaman lapangan serta pengurusan projek yang sistematik, Ayzad Resources sentiasa berusaha memastikan setiap projek dilaksanakan secara profesional, menepati jadual serta memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan.
Kepakaran Ayzad Resources
Pembinaan & Kejuruteraan Awam
Mengendalikan projek pembinaan dari peringkat awal sehingga kemasan akhir dengan standard kualiti yang ditetapkan.
Pembersihan Kawasan
Menyediakan perkhidmatan pembersihan bangunan, kawasan persekitaran, dan penyelenggaraan fasiliti secara berkala atau one-off.
Pembekalan Bahan Binaan
Membekal pelbagai bahan binaan berkualiti tinggi bagi menyokong keperluan projek-projek infrastruktur dan perumahan berskala besar.
Sewaan Jentera Berat
Menyediakan pelbagai jenis jentera berat untuk disewa secara harian atau bulanan bagi memudahkan urusan kerja-kerja tanah dan pembinaan di tapak projek
Visi & Komitmen
Komitmen Terhadap Kecemerlangan Pembinaan
Setiap projek dilaksanakan dengan perancangan teliti, tenaga kerja mahir dan pemantauan berterusan bagi memastikan hasil kerja yang memenuhi jangkaan pelanggan.
- Harga Kompetitif: Menawarkan tawaran harga yang sangat menarik dan berbaloi mengikut bajet pelanggan.
- Tenaga Kerja Mahir: Mempunyai pasukan pengurusan yang berkesan serta pekerja terlatih dalam bidang masing2.
- Hubungan Perniagaan Luas: Membina reputasi kukuh melalui jalinan kerjasama strategik dengan pihak dalam industri.
”Komitmen kami adalah untuk membina masa depan yang lebih baik melalui kualiti kerja yang teliti dan pengurusan yang telus.”
Halatuju Kami
Misi & Visi
Visi
Menjadi peneraju utama dalam industri pembinaan dan pembekalan jentera di Malaysia yang dikenali kerana integriti, inovasi, dan kualiti kerja yang luar biasa.
Mission
Memberikan hasil kerja pembinaan dan pembersihan yang menepati piawaian antarabangsa.
Kecekapan
Menjamin ketepatan masa dalam setiap penyerahan projek dan pembekalan bahan.
Hubungan
Membina hubungan jangka panjang yang harmoni dengan pelanggan melalui harga yang kompetitif dan khidmat pelanggan yang responsif.
Jom Realisasikan Projek Anda
- 012-440 1900/04-351 1592
Pasukan kami bersedia membantu menyediakan servis pembinaan, bekalan bahan dan jentera untuk memudahkan urusan projek anda.